Wednesday, January 21, 2009

How they treat every motocyclist is a snatch thief

Motosikal ditegah di pusat pelancongan?
Utusan Malaysia Online - 21.01.09
Oleh sharilfuddin saari


KUALA LUMPUR 20 Jan. - Motosikal mungkin tidak dibenarkan memasuki lokasi-lokasi tertentu yang menjadi pusat perniagaan dan tumpuan pelancong di bandar raya ini bagi membendung jenayah ragut.

Langkah itu dianggap antara pilihan yang ada sekiranya jenayah ragut ingin dikurangkan di ibu negara.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, pihaknya akan mengemukakan cadangan itu kepada Kementerian Pengangkutan dalam masa terdekat.

Beliau berkata, larangan itu tidak bermaksud di semua tempat tetapi beberapa kawasan yang dikenal pasti mempunyai kadar jenayah ragut yang tinggi.

“Kita telah membuat kajian dan mengenal pasti lokasi-lokasi tertentu di ibu negara yang memiliki kadar jenayah ragut yang tinggi.

“Kawasan seperti ini tidak perlu penggunaan motosikal kerana orang berjalan kaki,” katanya pada majlis makan tengah hari anjuran Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) bersama media di sebuah hotel di sini hari ini.



Source

No comments: